Pengenalan

Sektor Strategik Jabatan Pendidikan Politeknik akan menganjurkan PERSIDANGAN PERANCANGAN TEKNIKAL POLITEKNIK 2016. Persidangan yang dianjurkan secara tahunan ini, diurusetiakan oleh Bahagian Perancangan Politeknik (BPP). Persidangan ini diadakan bagi memberi peluang dan menyediakan platform khususnya kepada Pengurusan Atasan/Pegawai-Pegawai Kanan di JPP dan Politeknik dalam berkongsi ilmu, amalan, pengalaman, kemahiran dan idea inovatif ke arah mewujudkan sistem pendidikan abad ke 21 yang terkini bagi melahirkan graduan TVET berkualiti. Ini adalah selari dengan keberhasilan yang diharapkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

OBJEKTIF

  • Menyediakan platform bagi penjanaan idea/ konsep/ metod yang kreatif dan inovatif ke arah mentransformasi pendidikan tinggi.

  • Menggalakkan perkongsian maklumat yang pintar dan lestari di kalangan politeknik sebagai institusi TVET mendepani abad ke 21.

  • Mengenal pasti cabaran, dan isu-isu seterusnya cadangan penyelesaian berasaskan keberhasilan yang memberi impak dalam ¬†menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

PrintEmail