PELAWAAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

BPP ingin  mempelawa penyertaan pembentangan kertas kerja daripada JPP dan Politeknik. Pelawaan sebagai pembentang kertas kerja yang berkaitan dengan tema/sub tema persidangan adalah terbuka kepada semua Pengurusan Atasan/Pegawai-Pegawai Kanan serta pensyarah yang berminat. Semua kertas kerja hendaklah karya penulis sendiri. Penulis bertanggungjawab untuk memastikan karyanya tidak melanggar mana-mana hak cipta. Urusetia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran hak oleh penulis.

TEMA PERSIDANGAN

 “ Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Institusi TVET Abad Ke 21”.

SUB TEMA

  • Pembelajaran Digital
  • Literasi Digital
  • Persediaan Politeknik ke arah Industri 4.0
  • Prasarana Siber
  • Tadbir Urus
  • Inovasi
  • Pengurusan & Kepemimpinan
  • Dasar Dan Polisi

 

PrintEmail